Thursday, December 9, 2010

"awak ni budak bola ke budak rugby"


  KHAMIS,14 Ogos,Majlis Pelancaran Setem Ulangtahun ke-100 Pengakap !haha ! dah macam berita kat surat khabar kan ?! tapi takpe ,kita mulakan dengan tarikh ini yer puteri diari .uish ! dengan berpakaian uniform Pengakap serta dalam keadaan yang penat dan berpeluh sungguh segan pabila seorang gadis menegur , dan menanyakan soalan yang boleh menegakkan hidung saya dan mengembangkan sifat poyo ! hehee ! aishh ! saya ni suke melalaut jer kan .Tapi takpa , awakkan suka ,tapi kadang kena bebel juga !padam muka Muhammad Izzat ! hehee . awak ingat tak saat 2 , awak panggil saya,masa tu saya sebok sangat dengan si nasran. kitorang sebenarnya tengah mencari seat tau awak .tiba tiba ada la seorang gadis ni tegur ,saya yang dah terbiase dengan perangai lelaki mestilah melayan kan awak !hehee !ha !jangan nak mengelak cakap tak kenal gadis tu,gadis tu adalah awak ! =) .

 Awak tanya saya , awak ni budak bola ke budak rugby ? saya cakap la saya budak bola ,pastu awak menyambung dengan soalan lebih sensasi !hehe . kalau awak budak bola,kenal tak Amirul shahidan(miyol) ? masa tu saya blurr gila dengan soalan 2 ,sebab kalau awak nak tahu,masa tu saya tak tahu nama penuh miyol lagi ,tu yang loading sekejap .Selepas beberapa saat memikirkan,barulah saya kenal dengan gerangan nama tersebut ,lalu saya menjawab ,kenal la . dia budak bola sekali dengan saya la .Dengan pantas awak membalas , Dia kawan sek lama saya ,kawan baik saya . Awak senyum ,saya pun senyum balik .begitulah tamatnya perbualan kita .Dalam hati saya, lawanya dia,hmm die tego aku ker tadi ? uish !ruginya aku tak mintak no ! hahaa . biasa la awak .lelaki kan .

 Setibanya saya kat sekolah,saya teros cari miyol tau awak ,saya nak dapatkan info lebih tentang awak .excited gila la saya masa tu .yela , rasa macam nak kenal jer .tapi takpa ,bak kata orang mencuba kan . hmm, saya mintak no telefon awak kat miyol,die cakap ,baik saya mintak sendiri kat awak .hmm,segala ayat touching saya dah luahkan kat miyol tapi tak berjaya . Takpela miyol ,mungkin takda jodoh kot !heheee. jahatnya mulut .


  Selang je beberapa hari saya online myspace,maklumla masa tu mane ada facebook lagi.masa tu kita cuti sabtu dan ahad .so,macam biasa penduduk asrama boleh pulang  ke rumah masing masing . !hehee,sedang seronok bergaduh gaduh*hobi saya* di myspace,seorang gadis menanyakan saya you kenal tak adiba amanina ? soalan macam 2 ditanyakan pada saya yang buta tentang wanita .saya hanya mampu cakap , alamak,nama rasa macam penah kenal ,tapi entah la .kenapa ya ain ? fikiran saya diseksa lagi dengan ain mengatakan , alah,dia sekolah teknik sepang juga ,dia kakak i tau ! jenuh saya fikir and lastly , ain kasi myspace awak *gadis* ! dengan segera saya menambah kawan . selang beberapa minit ,saya sudah sedia menjadi kawan awak !wahh !!cepatnya ! pertama kali saya buka myspace awak semua saya geledah tau ! 1st saya tengok sama ada  single ataupun in relationship !hehee ! biasa la tu,lelaki kalau dah  memang gataiii macam tu tau awak .maaf !hahaaaa .

 ehheeeemmm ! saya memulakan comment dengan awak . setiap perbualan kita masa tu macam biasa baru kenal . tapi awak ada cakap, eh !kita macam penah jumpe kan ,tapi kat mane ek ? . saya pun hampir terlupa tau awak .tapi takpa,semua tu boleh diatur ! hehee . selepas sekian lama kita mengomen kat dalam sana . awak cakap ,awak nak tolong umi awak . masa tu kalau awak boleh dengar saya cakap aloooooooooooooooooooooooo memang sgt2 jelas beserta muka yang sedih . tapi takpa , fikiran saya terfikir untuk minta no telefon awak pula .hehe !gatal kan !ngadangada sume ade ! tapi jawapan yang awak kasi agak menyedihkan saya . awak kata, tak boleh la awak ,umi kita tak kasi ,kalau awak nak ,awak mintak kat umi kita oke ! perghh ! masa tu harapan saya sudah tinggal harapan sahaja tau . takpelah, mungkin bukan jodoh !sedih tau awak .

 hmm,besoknya ,awal awal pagi lagi awak dah comment saya . awak cakap ,awak,saya nak no telefon awak boleh ? .heheeee !hapey gila tau awak !tapi masa tu mana nak tunjuk ,masih tak mau menunjukkan jualan murah lagi .hehe ! saya cakap, uish ,mana boleh la awak ,awak minta la kat atok saya ,saya takot atok saya marahkan saya la awak . hehee !jual mahal betol kan awak . tapi nasib baik awak dah pandai memujuk masa tu ,lalu saya pun terkandas dalam pujuk rayu awak lalu mengepos no telefon saya kat msg myspace .selang je beberapa minit saya mendapat missed call  dari awak , pastu saya pun add name awak lalu meletakkan nama  gadis kat dalam contact saya ! hehee .

disitulah bermulanya perkenalan kita kan awak ! aish ! nakal juga THE NINJA ni yer!
saya sayangkan awak !  =)

Tuesday, December 7, 2010

pujaan hati 'saya kamu' ! =)

si pendek =)

hei pujaan hati,apa khabarmu,
ku harap kau baikbaik saja,
pujaan hati andai kau tahu,
ku sangat mencintai dirimu !

hei pujaan hati,setiap malam,
saku berdoa kepada sang Tuhan,
ku harap cintaku jadi kenyataan,
agar ku tenang meniti kehidupan !

hei pujaan hati !

mengapa,kau tak balas cintaku,
mengapa,engkau abaikan rasaku,
ataukah,mungkin hatiku membeku,
hingga kau tak pedulikan aku !

cubalah,mengerti keadaanku,
dan cubalah pahami keinginanku,
ku ingin engkau menjadi milikku,
lengkapi jalan cerita hidupku !

hei pujaan hati !

 pujaanhatikangenband

Wednesday, December 1, 2010

Impian seorang gadis rumah ungu =)






Puteri diari , aku datang dengan cerita baru ! hehe . Ceh , dah macam iklan DENG DANG kat tv pulak . Dah dah . Kembali ke al-kisah si putera duyung Muhammad Izzat Bin Ibrahim . Hmm . Semua pasangan mesti ada cinta-cinta cita-cita bila mereka bersama nikmati dunia percintaan . Ada yang nak anak yang ramai *baru boleh buat team bola* haha ! Ada yang ingin rumah yang besar *kalau boleh istana kayangan :p* , Hubungan yang indah tak terkata . Tu lah impian impian yang hendak dikejar . *benda tu boleh lari ke? pergghh! ada kaki la . haha !* Bagi Adiba Amanina . Dia inginkan perhubungan yang yang sangat SANGAT romantik dan dipenuhi dengan segala kegembiraan yang tak terkata .Rugi pada orang yang melepaskan peluang memiliki gadis ini . Tapi ingat ! Setiap apa yang ingin dilakukan mestilah disusun dengan rapi . Ingat segala benda yang dilakukan mestilah disusun dengan rapi . Ingat segala benda yang dia suka dan benda yang dia tak suka sebelum melakukan sesuatu . Dengan chillex nya , pastikan ia berjaya dan mampu mengukir senyuman dibibirnya . Ingat lagi ! Cantik tau tengok dia senyum =) .

Masa permulaan cerita cina cinta kami (The Ninja)  , dia pernah memberitahu impiannya. Dia teringin sangat nak kawin di atas padang bola dengan bertemakan purple or pink (warna kegemarannya) . Cukup indahkan ? *bayangkan* perggh . Best best =) .  So , jangan sisa sisa sia sia kan dia . Okey . Ceh , cakap kat diri sendiri pulak . hehe . Selain tu ,bila kawin nanti , dia nak kan 3 orang anak . Ingat ! 3 orang sahaja . Tak lebih tak kurang . Ni namanya FAMILY PLAINING ! haha ! Tapikan hidup kau mesti rasa beruntung dan happy sangat SANGAT walaupun takde anak . Sebab Cik Nina ni tersangat lah 'menarik' orangnya . Nama anak yang dia nak sangat namakan ialah : Anak yang pertama , Baith Dhakwan . Kedua , Najwa Qistina . Yang terakhir , Baqis Umaira . Nak tahu kenapa dia suka sangat nama tu , tanya lah kepada empunya  ibu (Nina Shaharuddin) . Hehe . Hangout sama sama dengan dia , kalau kau kenal dia, kau akan faham nape aku cakap macam tu .*aik izzat!pesan kat diri pulak ye ! hehe ~!Tapi takpe , aku cerita kat kau je tau puteri diari.
JANJI  jangan cerita kat sape sape tau ! hehe ! . aduh ,fikiran ni asyek bertukar-tukar cerita pasal kita awak, BANYAK SANGAT tau benda happy yang kita lalui ,tapi tak kurang juga dugaan kan ?! opss ! awak mana tahu laa !kan puteri diari ! =) .oke ! kembali ke topik asal kita ! hmmm, sebenarnya dia susah sangat nak keluar HANGOUT .tersangat susah . ingat tu walaupun dengan kawan perempuan sekali pun . Biasa la ,ibu bapa mana tak sayang anak ! mesti sayangkan ! so,kau jangan la ajak dia keluar keluar ye IZZAT ! jangan !
jangan dan jangan ! uish !puteri diari,kau pula yang marahkan aku ye ! hehee ! tapi takpa,aku tunggu dia ajak la nanti . heheee ! dia selalu pesan,kalau ada jodoh masa dan peluang , kitorang akan keluar juga satu hari nanti . so ,saya tunggu sampai dapat ! heheee ! kalau selalu push dia ,nanti dia akan marah dan mintak ajak je manamana perempuan keluar .uishh ! sape nak keluar dengan perempuan lain,mesti kita nak kuar dengan gadis bagaikan PUTERI dalam hati kita kan ?! *jaga hati dia baikbaik tau !bukan main baik lagi dia kasi hati dia kat kau. so ,  oke ! kalau boleh jaga dia lebih dari Adam jagakan Hawa ! tau ! *padan muka izzat kena bebel , heheee ! . ha ! apabila satu pasangan itu kawin , mesti rasa nak pergi HONEYMOON kan ?! tak susah  kalau kawin dengan cik nina cantikk ! dia minta pergi honeymoon pusingpusing satu malaysia  je dulu ,sebabnya , nak jimat beli barangbarang rumah ! heheee . mungkin biasanya dengar honeymoon jer mesti nak keluar negara . tapi satu tempat je pergi , mana best ! katanya lagi, baik habiskan satu malaysia dulu  . susah ke senang ? korang fikir la ek ! tapi , bagi muhammad izzat ,semua tu tak menjadi masalah . apalah sangat setakat pusingpusing satu malaysia kalau nak dibandingkan dengan HATI yang sangat baik yang dia hadiahkan untuk saya ! THANKS A LOT SAYANG ! bie hargai sangatsangat hati tu . =) 

Hmm, dia nak sangat segala PARUT  kat badan dan muka dia hilang . Tapi dia hanya mampu pakai krim, kalau kau nak tahu ,dalam simpanan bank CIMB aku ada RM 8340 . Aku nak simpan duit duit aku banyakbanyak, aku nak rawat semua parut tu . aku nak belajar rajin rajin dan terus mencapai impian . Aku nak dapatkan seberapa banyak duit untuk aku menyara dahn membuat dia senyum ! hanya dia ! AKU ingatkan sekali lagi puteri diari ! manis sangat bila dia senyum ! Itulah kadang kadang tu aku fikir , aku malas nak rawat parutparut dia , sebab parut kat atas bibir dia membuatkan senyuman dia lain daripada yang lain . AKU SAYANG DIA puteri diari ! =) 
kau janji jangan cerita kat sape sape tau ! Rahsia ni kau dengan aku je yang tahu ! 

Impiannya disambung , ceh ! macam dalam novel pun ade, uish ! hmm, cuba kau tengok text yang penah dia sent kat aku , manemane lelaki kalau dapat text macam ni ape perasaannya ?! heheee

what i want ;
end of my life with you sayang .
love you with fullness of heart .
be a good girl for you .

got a cuties baby , BAITH DHAKWAN with you . 

stop crying .

never ever leave you .

be a strong girl for you .
never hurt u're heart .
be honest and loyal .
married you and  ttttttttttt(private) heheeee !
love you fucking much !!
(text date :5 /12/ 2009 . 12.30 A.M )         

Segala impian dia mesti diberi perhatian , ingat ! kalau tidak nanti kena kerahkan otak untuk memujuk gadis manja ini ! heheeee . sebab itulah aku catit ! macam nota elektrik la kan ! pandaipandai bahagi masa belajar dan diari =) . semuanya tentang dia perlu diupdate setiap hari .heheee . Antara text dia yang aku paling suka :

luahan hati orang(cik nina) ! :
orang harap dan orang nak memang takdir tu tertulis yang kite dijodohkan !
amin !!
tahu tak ? betapa bertuahnya hidup disisi kamu Muhammad Izzat.
tak penah berkira walau satu sesesen pun duit bie dengan orang ,
selalu bagi hadiah yang menggembirakan ,cokletcoklet yang sedap tu,
topup,baju,dan macammacam la . thanks untuk semua tu .
syg rasa sayang ni dah macam puteri dah .huhu
sayang tak nak bie tinggalkan sayang .
bie je orang yang sangatsangat memahami sayang .
sayang nampak keikhlasan bie untuk
dapatkan sayang !! 
bie tak kesah kena marah or papepun,
malah sanggup buat ape je untung orang !

Bertuahkan Adiba Amanina ni .
sayang nak hargai keikhlasan tu dengan jaga
bie dan cintai bie seumur hidup sayang !!
sayang terlalu sayangkan bie .
p/s; Ingat ,impian orang dengan awak hanya satu ,
Baith Dhakwan b.Muhammad Izzat .
hanya ini 'dulu' . heheee
(text date : 25 /8/ 2009 . 5.51 A.M)

Indah kan ! Inilah antara impian kecil seorang gadis berumah ungu .sayangi gadis ini selamanya . indah sangat masa yang kita tempuhi bersama sayang . aku sayang kau la 'BODOH' ! sory sayang ,bak kata awak ,ayat ni kasar tapi indah kan ?! hehee . i love you more and more cik nina ! =(

Tuesday, November 23, 2010

Bila Saya Menjadi Outsider .

Dataran Kejat 

Aspuri

 Aspura

Dewan makan (DM)
Dibuang asrama . Muhammad Izzat Bin Ibrahim telah dibuang asmara kerana memukul Shahir Afiq . Awak ingat tak ? Hurm .
Awak , saya takkan dapat masuk DM (Dewan Makan) selagi awak takde kat sini . Saya rindukan awak . Bila saya masuk DM , mesti saya nangis . Saya tengok tempat awak selalu duduk, takde pun bayang bayang awak . Awak janji nak teman saya sampai bila bila ! Awak tipu ! Ayat ini awak selalu cakap waktu saya di buang asrama . Awak tak makan sehari suntuk . Kenapa awak buat macam tu ? Awak tak sayang saya lagi ke ?! Saya taknak hidup tanpa awak , tapi nak buat macam mana awak . Saya jahatkan . Tapi takpe . Saya mesti cari jalan untuk buat awak happy walaupun kita tak sama sama kat asrama . Salah satu cara , tiap tiap pagi saya mesti bawak bekalan untuk awak . Dah lah awak tak makan . Saya risau tau awak ! Tapi nasib baik awak makan juga bekalam yang saya bawak kan untuk awak . Hehe . Lega sikit hati ni bila tengok awak makan cekodok ,  nasi goreng kampung , mihun goreng putih . Kadang kadang je dapat tengok awak makan . Sebab saya kasi bekal tu pagi pagi . Itupun pakai posmen . Hehe . Maklumlah , dah jadi outsider , berubah lah sikit jadual tu kan . Tapi awak jangan risau. Tetap ada masa untuk awak sayang . Okey , berbalik pada cerita kita . Awak selalu cakap yang awak makan bekal bekal yang saya kasi tu dengan kawan kawan  (Ky dan Lili) awak . Sebenarnya saya tak suka . Tapi saya tak pernah cakap kat awak kan ? Sebab saya tak nak buat awak marah pulak nanti . Hehe . Saya tak kasi bersebab lah awak . Awak tahu kenapa ? Sebab saya taknak diorang makan banyak , sedangkan awak lapar. Saya kalau boleh nak pastikan awak sentiasa kenyang . Senang hati dan paling penting sentiasa gembira ! itu lah sebabnya .

bangbangboom= Muhammad faizal bin rosli

Cara kedua . Hari sabtu dengan ahad , saya mesti tak pergi sekolah macam kebiasaan . Jadi saya pun kenalah fikirkan makan minum awak untuk hari hari tu kan .Takpe , cara yang saya gunakan dengan bawa makanan dari luar . Hehe . Ingat lagi , masa tu awak cakap awak lapar sangat . Saya suruh awak pergi DM makan . Takpun makan makanan dekat kantin . Tapi awak taknak . Awak nak suruh saya teman kat DM . Tapi mana boleh lah awak . Saya kan outsider . Takpelah . Saya pun fikir , memikir dan teruskan memikir . Nasib baiklah saya ada kawan , si Pejal (Bangbangboom) tu . Dia lah yang tolong jadi driver saya sehari suntuk hari tu . Hehe . Saya , Pejal dengan Nasran pun pergi Alamanda . Sampai je dekat Alamanda , saya call awak . Saya tanya , awak nak makan apa ? Tapi awak cakap kalau boleh nasi . Sebab awak betul betul lapar . Tapi time tu saya mengidam nak makan KFC . Maklumlah , kat asrama seketul kongsi 3 orang . So , saya pun beli nasi kandar untuk awak . Sampai je kat kedai nasi kandar tu , saya tengok banyak sangat masakan pedas . Saya takut nak beli . Sebab perut awak kan sensitiv . Hmm . Puas saya fikir awak , tapi saya beli juga masakan yang pedas tu (ayam madu , sayur kubis) . Saya rasa cukup kot awak makan mesti cover  cover  nanti . Hehe . Lepas saya beli nasi kandar . Saya pergi KFC . Berdirinya saya disini !  Ceh ! Dah macam pengetua pulak yang membebel tu . Maklumlah , anak lecture kan (ayat perli awak untuk saya) . Hehe . Saya tiba tiba rasa terlalu lapar . Yelakan , dah lama tak makan macam ni lah jadinya . Saya pun beli jelah . Banyak saya beli tau awak Xmeal tu . Saya nak kasi kat awak satu , kat saya satu . Lepas tu , dinner plate 2 set . Untuk kawan kawan saya . Hehe . Lepas saya beli semua tu . Saya pun terus bergerak ke kereta dan menuju ke sekolah . Bagus kan BM saya ! Hehe . Sampai je kat sekolah , saya text awak suruh  turun kantin . Awak cakap kejap . Sebab awak nak siap siap . Takpelah , saya tunggu kat kantin jelah masa tu tapi pantas betul awak siap and terus turun dengan pakai baju kurung kegemaran saya (colour purple and tudung putih) . Hehe . Masa tu kat dalam kepala otak saya terfikir yang mungkin awak ni betul betul lapar . Hehe ! Sorry awak sebab terfikir macam tu . Tapi awak takkan tahu sampai bila bila . :p hehe . Mula mula ahak susah nak cari port . Tapi takpe . Nasib baik kawan kawan dorm awak membantu (Bella , Nurus and the gang) , Laloq turut membantu . Hehe . Kita lepak kat tengah tengah kantin . Ala , buat relax sudah . Semua orang dah tahu pasal kita . Cuma kena berjaga jaga je . Tu la ayat saya . Tapi awak tetap dengan sikap cuak awak . Maklum lah , perempuan memang sentiasa darah tinggi. Hehe . Perkara yang paling saya gembira+sedih bila tengok awak makan nasi kandar yang saya belikan tadi . Sumpah awak lapar sangat sangat lapar masa tu kan ? Kesian sangat dekat awak . Saya benci diri saya . Kenapa aku buat macam ni dekat dia . Aku tak tunaikan janji janji aku yang aku nak jaga dia betul betul . Aku jahat ! Awak benda ni lah yang selalu keluar kat fikiran saya time awak makan tu . Ni pun awak tak tahu kan . Nasi tu pedas awak . Tapi awak makan laju sangat . Air oren kotak dah tinggal sikit dah awak . Tapi awak teruskan usaha awak untuk habiskan . Kesian sangat kat awak . Saya jahat ! Hmm . Tapi saya tak suka tunjukkan sedih saya dekat awak . Jadi saya gurau gurau dengan kawan kawan awak , main main dengan Tobi (awak nak suruh saya bawak balik) , kacau awak makan . Awak gelak . Awak happy sangat masa tu .


Awak . Awak tahu tak yang awak ni lawa dan comel sangat bila ketawa ? Awak tak tahu kan . Hmm . Happy sangat awak masa tu . Takde siapa pun tahu . Tapi last last nasi tu tak habis juga , ait yang habis . Haha ! Lawak lah awak ni . Tapi saya paham , ayam tu kan pedas . Kesian kat awak kepedasan . Fikiran saya dah risau masa tu . Malam nanti mesti awak sakit perut . Mesti punya ! Aku jahat betul lah ! Hmm . Lama tau awak , kita lepak kat kantin . Tapi macam biasa lah . Masa selalu cemburu dengan kita . Saya pun tak paham apa yang sangat kita ? *Ayat kerek* Haha ! Waktu asar dah masuk , lepas je azan . Awak dah nak kena beransur ansur pulang . Tapi gaya awak masa tu macam tak mau pulang asrama . Tapi tak boleh . Solat asar ! Hehe . Masa awak nak balik asrama , awak sempat beli aiskrim seringgit . Macam biasa colour oren . Awak takkan beli aiskrim cokelat . Awak cakap . Kalau macam aiskirm cokelat , nanti jadi hitam macam saya . Hehe ! Takpe awak , saya tak pernah kesah awak nak cakap apa pun . Janji mampu buat awak ketawa. *Suka menang* Haha ! Saya hantar awak sampai tangga surau masa tu . Time jalan tu, awak jalan kat depan . Saya jalan kat belakang . Tapi kenapa asyik pandang belakang cik Nina ? Hurm . Haha ! Dah sampai tangga surau macam biasa lah . Kita baling baling love .Memang cukup besar love yang awak kasi . Kadang kadang terjatuh saya tau . Haha ! saya sayang kan awak ! :)

Lepas je hantar awak kat asrama . Saya pun balik rumah dengan Pejal and Nasran . Malam tu saya text awak , saya tanya awak sakit perut ke ? Awak cakap sakit perut gila . Tapi awak happy sangat ! Pergh ! Happy gila tau awak bila cakap macam tu . Tapi perut awak tu macam mana pulak ? Hmm . Nasib baik saya pernah kasi minyak yung yi cap limau . Hehe . Saya suruh awak sapu . Awak cakap dah sapu . Dalam fikiran saya , sapu ubat tu mesti sakit perut lagi . Tapi malam tu awak tak tunjuk sakit awak sangat . Baik kan awak ni. Patutlah saya sayangkan awak ! Hehe . Tapi , saya lupa yang saya banyak kali buat awak sedih dalam tempuh dibuang asrama ni . Saya tak selalu teman awak balik , saya tak pergi teman awak kat kelas masa rehat , saya langsung takde usaha nak pergi jumpa awak , selalu buat muka masak . Tapi sebaliknya pula awak , awak makin rajin buat tu semua untuk saya . Sampai awak sanggup bawak biskut untuk saya . Awak tahu saya sayangkan awak banyak banyak ! Bukan sikit tau ! Hmm . Ada 1 hari , kita balik sekolah sama sama , masa tu saya keluarkan baju saya dari seluar . Selalunya saya tak buatkan semua tu depan awak . Awak marah . Tapi awak tak cakap pun kat saya masa tu . Tapi sebaliknya , saya yang marahkan awak . Saya cakap , saya busy lah awak , saya kan outsider,awak kena faham semua tu ! Tapi muka awak masa tu saya dah nampak perubahanan yang ketara . Jahatkan saya ? Saya langsung tak kesah semua tu . Awak , maafkan saya ! tapi semua tu hanya sementara kan awak ? Lepas saya dimasukkan ke asrama balik . Kita kembali ceria . Saya sayangkan awak ! :)

Tuesday, November 16, 2010

14 Oct 2008 : Birthday Girl


Tengah Pagi 14.Oct.2008 :
Suasana di asrama apabila menyambut birthday awak yang pertama kalinya (maklumlah , 1 oct saya dah cop awak sayang.hehe) pergh ! saya rasa pelik gila malam tu . Macam macam rasa ada . Lagi takut rasanya nak tempuh SPM tahun depan . Tapi takpe . Dengan seberapa daya upaya saya. Saya akan ......eh eh , tetiba je . Melalut ke persetiaan pengakap pulak . hehe . EHEM EHEM ! Berpatah balik pada  cerita asal kita . Saya rasa semua rasa . HA ! Mesti awak terfikirkan . Yela , tahun ni saya rasa macam pelik. Terfikir macam macam . Macam mana nak berdepan dengan awak . Macam mana nak sambut birthday awak . Hadiah apa yang sesuai dengan awak . Hmm *terfikirkan* . macam macam lah . Malam tu , saya sent text kat awak and saya on the phone dengan awak sekejap . Then , awak call saya balik . Maklum lah maxis time tu baik gila tahu tahu je birthday awak . Hehe . Dah lama tak borak dengan awak . Maklum lah , kita form 4 . Baru firsttime bawak phone ke hostel . Tanpa menghiraukan ketakutan yang melanda jiwa . *Menggeletar* . Hehe . Hmm . Lepas saje , on the phone dengan awak . Kepala saya jadi pening pulak . And saya terus tertidur dekat katil panjang (Wan Muhammad Nasran) malam tu . Marah si tinggi tu dekat saya . hehe .

Pagi 14 Oct 2008 :
Saya pergi sekolah , tengah beratur perhimpunan tu macam biasa . Kepala saya aktif , sibuk nak pandang pandang belah perempuan . Target hanya satu iaitu Adiba Amanina Shaharuddin . Tit Tit Tit *bunyi scanner* TITITITIT *bunyi scanner dapat sesuatu* TARGET HAS BEEN DEFEADED ! HAHA ! *gelak happy* Pandai betul mata ni . Kejap kejap dengar cikgu berleter kat depan , kejap kejap pandang belah perempuan . Tapi susah nak cari . Maklum lah , penolong ketua kelas kena duduk depan . hehe . Hoishh ! sudah ! cukup la Muhammad Izzat . Hmm . Saya kembali terfikirkan macam mana nak berdepan dengan awak . Hari tu , kalau boleh saya nak masa stop . Dia selalu jealous dengan kita kan . Duduk diam diam boleh tak masa . Ggrr ! Kusut . Hmm . Lepas je perhimpunan pagi tu saya terus masuk ke kelas . Masuk je kat dalam kelas saya taruk beg kat atas meja and then saya hempaskan kepala saya kat atas beg tu . Mengelamun and fikirkan something . Saya cakap kat diri saya "Macam mana aku nak berdepan dengan dia . Hari ni aku kena buat dia happy . Wajibulngunnah !" Hmm . Tanpa segan silu and takde perasaan malu , saya pun tanya kawan kawan dalam kelas . Shuib , Capik , Cah , Adam , Qat , Nabilangaji , Diana and Nadia . Semua saya tanya . 1 soalan yang sama untuk semua orang . "Macam mana aku nak sambut birthday Nina? Aku cuak la . Firsttime ni nak sambut" . Pastu muncul lah jawapan yang melalut bertubi tubi dari mulut kawan lelaki saya . Capik : "Suruh baling tepung kat awak" . Tapi saya takut awak nangis pulak (manja) . Naim : "Suruh beli belon banyak banyak and then lepaskan kat udara depan awak" . Shuib : "Suruh campak dalam loji depan kantin" . Tapi lain pulak jawapan dari pihak perempuan . Qat : "Suruh saya nyanyikan lagu birthday depan awak" . Nadia : "Suruh bagi bunga depan orang ramai" . Nabila and Diana : "Bagi kad and chocolate" . Hmm . Pening !! Saya pun terfikir , "Nasib baik aku bijak" . Haha ! poyo lak . Saya terfikir yang saya ada belikan gelang yang terukir nama awak .  Hmm . Lepas tu , Cikgu Rosmawarni (Cikgu Sejarah saya , Guru kelas awak) pun masuk ke kelas . Saya tetap terfikir "Macam mana aku nak berdepan dengan dia ni' . Hmm . Tiba tiba Cikgu Rosmawarni terpandang muka kusut saya . Dia pun tanya lah . "Kenapa ni Ejat ? Masam semacam je . Teringat kat makwe kat atas ke? " . Saya pun dengan segan silunya jawab lah . "Takdelah cikgu . Orangnya dah betul . Tapi terfikir pasal perkara hari ni saya kena lalui" . Saya blushin gila walaupun kulit hitam tetap kena blushing . haha ! Cikgu tanya lagi "Kenapa ni Izzat . Cerita dekat saya . Mana tahu saya boleh tolong" . Time tu mulut and lidah ni terus terbuka dengan sendirinya  menjawab pertanyaan tu . Saya cakap "Cikgu , hari ni  birthday dia . Tapi saya tak tahu macam mana nak sambut birthday dia . Saya nak buat perkara pelik . Tapi tak tahu nak buat macam mana . Yang penting , boleh buat dia happy cikgu!" . Lepas je saya cerita kat cikgu .  Shuib terus cakap dengan ayat ayat yang selalu tak boleh pakai tapi kali ni dia cakap "Apa kata kita ramai ramai pergi kelas dia and nyanyikan  lagu birthday kat dia . Kan senang!" . Cikgu pun mencelah "Ha! okey cadangan Shuib tu, kelas saya lepas rehat. Awak datang la. Awak panggil saya sy , nanti pandai pandai la saya buat" . Shuib pun menyambung cadangan dia "Cun! Apa kata kita baling tepung sekali . Aku dah lama tak campak tepung ni . Boleh kan Jat ? Dia kan AWEK KITA! haha !" . Saya pun jawab dengan pantas, "Cadangan tadi dah oke tapi last last macam haram lah Shiub . Hmm . Okey cikgu . Lepas rehat nanti cikgu get ready je tau . Jangan kasi dia kuar pergi mana mana pun tau! hehe ." . Lepas je kitorang berbincang untuk mengatur gerakan nanti . Masa Cikgu Rosmawarni pun habis . Ala ! Sekejap nya . Benci dengan masa . Selalu jealous . Hmm . Cikgu pun keluar kelas sambil berkata "Jangan lupa ye plan kita nanti" . Saya pun dengan rasa tenang terus gelak dengan sekuat hati dengan Adam , Shuib , Cah , Capik and Naim . Hmm .Baru rasa tenang sikit hati ni tau . FUHHH ! *tarik nafas dalam dalam* Rasa lega sikit .

Time Rehat 14 Oct 2008 :
Kita main lambai lambai. Saya kat pintu belakang kelas saya , awak pulak kat pintu belakang kelas awak . best sangat time tu . Di mana ada kita , di situ ada Shuib! haha ! Masa rehat tu juga shuib cakap kat saya "Kita kena plan sekarang jugak , macam mana sekarang ni" . Sebenarnya saya segan nak ajak diorang . Takut diorang cakap saya ni Mat Jambu . Kitorang pun bincang. Time tu saya busy buat surat untuk awak . Ingat lagi pesan awak hari hari sebelumnya , awak cakap "Surat tu kalau hasil dari tangan dari orang lain akan di koyak dan di buang" . haha ! Bukan saya nak sangat orang tuliskan surat saya tapi tulisan saya terlalu 'CANTIK' untuk saya kasi kat gadis CANTIK macam awak . haha ! Lepas siap je surat tu . Kitorang terus berbincangkan topik ni . Sedang sibuk berbincang dengan pelbagai kerenah kawan kawan saya tu. Time rehat pun habis . Perghh ! Kejap nya rehat ! Tak makan pun lagi ! Takpe lah ! Masa ! Last warning ! Kau cepat lagi siap kau ! Marah lak aku dengan masa ni . oke . ehem ehem .

Selepas Rehat 14 Oct 2008 :
Waktu add math . Kena fokus , maklum lah , taikolin. Mati saya kalau tak fokus . hehe . Tamat saje waktu dia . Waktu BM tiba lak . Pada masa yang sama waktu Cikgu Rosmawarni di kelas awak . Tiba tiba Nadia cakap cikgu BM M/C hari ni . Kami berenam melompat kegembiraan disebabkan plan akan berhasil kerana cikgu tak hadir . Kami berenam pun terus keluar kelas dan berkumpul berhampiran dengan tandas kat atas tangga . Saya cakap kat diorang "Eh eh , Jap doh . Surat dengan gelang aku tertinggal kat dalam kelas . Kejap tau . hehe." Marah Shuib kat saya , haha! Fokus betul dia hari tu . Macam hari penting dia pulak . haha ! Lepas je saya ambil barang barang saya . Kitorang ubah plan , naik tangga belah bilik guru . Sebab takut kantoi dengan awak . hehe . Nasib baik fikiran saya terkeluar pulak dalam keadaan 200% dalam keadaan cuak and gementar tu . haha ! Kami berenam pun mulakan gerakan dan berkumpul di KE2 , bersebelahan dengan kelas awak . Nasib baik kelas tu takde orang time tu. Plan semakin menjadi . HORREY!  haha ! *senyum kambing* Lepas semua sudah bersedia . Kami berenam bertekak lak . suruh menyuruh pun pasal . Ayat semua sama je "Kau la ketuk pintu!" . Siap main tolak tolak lagi . Saya terfikir musnah plan ni kalau macam ni je . Saya pun cakap lah kat diorg , "Weh ! Biar abang yang ketuk , baru gentle" . Dalam keadaan kerek and angkuh dengan berkata kata macam tu . Diorang tak tahu yang time tu hati saya sumpah dah nak meletup ketakutan . haha! Saya pun ketuk pintu kelas awak . Cikgu Rosmawarni terus pandang and panggil awak . Cikgu cakap "Nina , ada orang nak jumpe!" . Awak pun keluar bersama sama muka yang serba ketakutan , muka marah pun ada . Mungkin awak takut cikgu marah . Kan sayang kan ? :) Hati saya tergelak kecik lepas tengok wajah manis awak sebegini rupa . Tapi takpe , saya kena teruskan plan . Saya panggil kawan kawan saya yang sedang menyorok kat dalam kelas KE2 . haha ! lawak betul kawan kawan saya kan . Lepas je diorang keluar . Shuib dengan semangat menolak bahu saya (tanda mulakan nyanyian) . Perggh! Time tu jantung saya  dah lari kalah kan pelari terpantas dunia . Saya pun mulakan nyanyian dengan segala anggota badan terpancar kar depan wajah manis awak . Awak Sayang ! Ehem ! Mulakan ! Shuib menjerit bisik kat tepi telinga saya . Saya pun terus nyanyi . HAPPY BIRTHDAY TO YOU ! HAPPY BIRTHDAY TO YOU ! HAPPY BIRTHDAY TO YOU ! HAPPY BIRTHDAY TO NINA ! HAPPY BIRTHDAY TO YOU ! (Wajah awak time kitorang berenam nyanyikan lagu tu sangat sangat sayup . Kenapa awak mata awak berair ? awak segan ke ? Awak nangis  ke ? Awak mesti marah ? Takut awak tak suka . Dalam hati saya semua tu terkeluar) . Setelah selesai nyanyi kami , saya kasi hadiah tu kat awak . 1 kelas awak tepuk tangan and Cikgu Rosmawarni pun tepuk tangan sekali sambil tersenyum lebar . Lepas tu awak terus masuk ke kelas . Saya pun cakap kat cikgu , "Thanks cikgu" dan terus balik ke kelas . Hati saya sangat lega awak . Saya dapat rasakan gunung berapi terbesar kat dunia ni membesar kat atas kepala saya dah meletus dan lavanya dah meleleh (peluh) melimpahi gunungnya (dahi) . haha ! Tapi 1 persoalan tetap ada  dalam fikiran saya . "Adakah awak suka or awak tak suka" . Aduh ! Otak , kenapa kau membebankan aku !

Malam 14 Oct 2008 :
Tangan saya menggigil nak text awak tapi dengan beraninya saya taip text untuk awak dan bertanyakan 1 persoalan yang bermain dalam fikiran saya dari rehat lagi . Siap boleh buat sukan olimpik kat dalam otak ni . "Sayang marahkan bie ke ni sebab bie buat macam tu kat kelas sayang tadi?" and ibu jari kiri terus menekankan button sent. Ha! Buat pertama kali nya saya dapat rasakan lambatnya masa bergerak ! tunggu seketika kemudian phone pun bergetar .YES! *jerit dalam hati* Saya bukan main takut lagi nak buka text awak tu . Tapi saya nak tahu juga awak cakap apa . saya pun tekan . PEERRRGGGHHHHH !!! Kali ni panjang sikit sebab terkejut kegembiraan lepas dapat text dari awak yang mengatakan "Sayang suka sangat bie , sampai berair mata ni tau . Sayang tak pernah dapat birthday wish macam ni . Bie orang pertama . Yela , Sayang kan cacat . Takde pun orang nak hargai sayang . Thanks bie . Sayang hargai sangat sangat . I LOVE YOU DAMN MUCH!" . Pergghh ! Saya suka sangat and terus pergi kat dorm Capik . Pastu bagitau dia . "Pik , dia suka sangat sangat pik apa yang kita buat tadi !" haha ! Capik gelak sikit tapi saya gelak banyak ! hahahahahahahaha !!!! "Happynya aku pik!" Malam tu saya tidur dengan lena awak ! I LOVE YOU !

Monday, November 1, 2010

Tolong Sampaikan Pada Si Dia



Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa

Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya

Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya

Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya
Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti.

Pengirim : Ky dan Nina
Penerima : Capik dan Ejat

Ku Ingin Kamu


Baith Dhakwan
Najwa Qistina 
Bakish Umaira
Nama anak yang dia inginkan .

Dia pernah memberi aku sebuah lagu untuk kami berdua . Lagu ini di nyanyikan oleh Romance. Dengarkan lah .

Demi semua yang aku jalani bersamamu
Ku ingin kau menjadi milikku
Ku ingin kau disampingku

Tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta
Dan hadirmu yang bisa
Membawa syurga dalam hatiku

Ku ingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini
Menemani

Sentuhanmu, bagaikan tangan
Sang dewi cinta
yang berhiaskan bunga asmara
dan membuatku tak kuasa

Di setiap harung gerak
Tersimopan di hati kecilku
Bahawa dirimu terindah
Untukku

Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernafas
Selama tuhan masih mengizinkan
Ku ingin selalu menjagamu

Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernafas

Letter date : 31 Oct 2008

Saturday, October 30, 2010

Another Part Of Her .


Adiba Amanina Shaharuddin
Gadis Koir
Gadis Soccer
Ex Student Of SMT Sepang
Once again talk about her , another thing of her . Read properly :
  • SMOKE ! She dont like a smoking people . Dia amat benci pada orang yang hisap rokok . REPEAT : HATE SMOKING PEOPLE ! She will say : "Bila tiba ajal awak , saya tak akan datang melawat , kerana saya benci orang yang hisap rokok". So , think about it and think nicely .
  • Dia seorang yang tidak mudah lupa akan moment yang dia pernah lalui . Tidak kira sama ada manis dan pahit . Bittersweet Moment .
  • Dia tak suka orang yang suka Berkira , terutama kerdit !  Jangan lah kedekut kredit untuk call dia , satu hari WAJIB call dia . ESPECIALLY before dia pergi lena kan diri dia .
  • Dia merupakan seorang yang PERAMAH
  • Dia juga seorang yang friendly . Dia suka bertegur dan berkenal dengan someone .
  • Chocolate juga kegemarannya . :)
  • Lawak! Dia suka orang yang HAPPENING , yang mampu buat dia senyum dan ketawa . Cantik bila melihat dia tersenyum kegembiraan .
  • Sakit perut or gastrik . Kena la selalu menanyakan keadaan dia . sebab perut dia sangat sangat sensitive . Ubat dia senang sahaja , kadang kadang pakailah minyak yungyicaplimau and pisang . Bila ubah jadual makan nya , perut dia juga akan mengubah time untuk meragam . Jangan lah marah jikalau dia tiba tiba melenting tak tentu pasal pada hari hari tertentu . :)
  • Cara cara untuk bercakap and text message . [Salah : r , kau , aku , text text yang ringkas] [Betul : la , awak , saya , org , text yang ringkas tapi bermakna] Setiap bunyi yang keluar jangan lah kasar .
  • HIPOKRIT! Just be yourself around her . Tunjukkan baik buruk pada dia . Nanti dia akan beri nasihat yang berbaloi untuk diri kita .
  • Dia paling suka orang yang mampu bimbing diri dia . Untuk masa depan dia .
  • Dia suka cakap pasal parut yang ada pada muka dia . Membuatkan wajah dia menjadi buruk . Menyebabkan ramai kaum adam tidak suka pada dia . Setiap malam before tidur dia mesti menyapu krim pada wajah dia untuk mengilangkan parut tu . So , always remember her . Untuk sapukan krim itu dan cakap pada dia ketidaksempurnaan adalah kesempurnaan bagi saya . :)
  • Selalu buat dia yakin pada diri dia sendiri .

    Friday, October 29, 2010

    Tentang Gadis .



    Adiba Amanina Shaharuddin . 14 Oktober 1992 .Berat antara 50 - 60 Kg . Tinggi antara 160 - 170 Cm .

    Sekarang kita menceritakan tentang gadis ni .
    • Dia Sukakan Senyuman . Orang Senyum kat dia . Dia Senyum kat orang . Yang pasti ikhlas . Tak ikhlas dia dapat detect .
    • Dia juga suka nangis , kuat merajok , kuat tacing , kuat kuat . haha! :D
    • Nasihat juga merupakan salah satu kebolehan dia .
    • Mihun Tomyam *jangan bagi pedas pedas* , aiskrim , puding , cupcake ,  marsmalow , float and Big Mac . Merupakan makanan kegemarannya .
    • Dia sukakan bunyi gitar. *so kalau tak reti , petik petik lah gitar . Other mean , belajar lah main gitar*
    • Belajar masakan yang baru . Tak kira apa pun masakan itu . Lagi lagi , cake . hehe .
    • Mencuba sesuatu yang baru . Bagi lah sesuatu untuk dia mencuba . *Jangan benda negatif*
    • Buat sesuatu yang dia tak boleh fikirkan .

    • Sukakan orang mengikut kehendak or permintaan dia . But pastikan benda itu dalam keadaan yang okey. Paham paham lah sendiri .
    • Dia tak sukakan orang yang kasar , ganas dan tak beradab . Pastikan diri kita sangat sangat lembut dan beradab tata tertib .
    • WARNING! : Jangan sesekali paksa dia membuat benda yang dia tak suka . Tu yang pasti . *Contoh : Sent gambar , paksa dia hangout , paksa dia makan , HA! semua tu dia tak suka .* *yang lain kena cari sendiri . Wink Wink*
    • Pastikan kita berada disisinya ketika dia susah or time kritikal .
    • Jangan kasi dia tidur lambat , pastikan dia tidur awal , Pukul 12 wajib tidur .
    • Bila gaduh , lelaki kenalah mengalah , kerana Adiba Amanina tak mengalah . *So , kawallah ego diri kita wahai kaum adam*
    • Hargailah hasil tangannya . Walaupun benda itu sekecil mana pun . Tapi percayalah semua itu ikhlas darinya . Dia akan bagi apa sahaja . Dan pastikan tak hilang benda yang dia kasi , kerana kita pastikan rindu hasil tangan dia nanti . SO BECAREFULL!
    •  Papepun pemberian kita , kenalah dari hasil tangan kita sendiri . bukanlah dari kedai , orang lain tulis , rekaan orang lain dan so on like that . *WARNING : HASIL TANGAN DARI ORANG LAIN AKAN DI KOYAK OR DI BUANG*
    • Tarikh tarikh penting dan benda benda yang patut diingat or dihafal . Cause something she will ask you a question and a killer question . So  , kenalah peka . janganlah lupa dan hafallah benda tu .kalau tak , nanti dia akan sedih. *WARNING : REMEMBER THAT!*
    • Airmata dari seorang gadis bernama ADIBA AMANINA SHAHARUDDIN. Hargailah setiap detik air yang mengalir dari matanya , sebab dia merupakan seorang yang manja , seorang lemah lembut dan jangan mengatakan sesuata yang kasar padanya *lagi lagi time cakap ataupun membincangkan sesuata*
    • SPENT MONEY! Dia paling tak suka bila habiskan duit . nanti dia akan perli "Duit tu memang untuk di habiskan" TAPI , dengar dan hati hati bila belanjakan duit itu .
    • Purple And Pink . That her favourite colour . :)
    • WARNING AND IMPORTANT! : Never ever lie her! Or you will REGRET !
    • Yang paling penting HARGAI lah dia sesama dia masih berada dengan kita , sesungguhnya dia masih sayangkan kita .