KHAMIS,14 Ogos,Majlis Pelancaran Setem Ulangtahun ke-100 Pengakap !haha ! dah macam berita kat surat khabar kan ?! tapi takpe ,kita mulakan dengan tarikh ini yer puteri diari .uish ! dengan berpakaian uniform Pengakap serta dalam keadaan yang penat dan berpeluh sungguh segan pabila seorang gadis menegur , dan menanyakan soalan yang boleh menegakkan hidung saya dan mengembangkan sifat poyo ! hehee ! aishh ! saya ni suke melalaut jer kan .Tapi takpa , awakkan suka ,tapi kadang kena bebel juga !padam muka Muhammad Izzat ! hehee . awak ingat tak saat 2 , awak panggil saya,masa tu saya sebok sangat dengan si nasran. kitorang sebenarnya tengah mencari seat tau awak .tiba tiba ada la seorang gadis ni tegur ,saya yang dah terbiase dengan perangai lelaki mestilah melayan kan awak !hehee !ha !jangan nak mengelak cakap tak kenal gadis tu,gadis tu adalah awak ! =) .
Awak tanya saya , awak ni budak bola ke budak rugby ? saya cakap la saya budak bola ,pastu awak menyambung dengan soalan lebih sensasi !hehe . kalau awak budak bola,kenal tak Amirul shahidan(miyol) ? masa tu saya blurr gila dengan soalan 2 ,sebab kalau awak nak tahu,masa tu saya tak tahu nama penuh miyol lagi ,tu yang loading sekejap .Selepas beberapa saat memikirkan,barulah saya kenal dengan gerangan nama tersebut ,lalu saya menjawab ,kenal la . dia budak bola sekali dengan saya la .Dengan pantas awak membalas , Dia kawan sek lama saya ,kawan baik saya . Awak senyum ,saya pun senyum balik .begitulah tamatnya perbualan kita .Dalam hati saya, lawanya dia,hmm die tego aku ker tadi ? uish !ruginya aku tak mintak no ! hahaa . biasa la awak .lelaki kan .
Setibanya saya kat sekolah,saya teros cari miyol tau awak ,saya nak dapatkan info lebih tentang awak .excited gila la saya masa tu .yela , rasa macam nak kenal jer .tapi takpa ,bak kata orang mencuba kan . hmm, saya mintak no telefon awak kat miyol,die cakap ,baik saya mintak sendiri kat awak .hmm,segala ayat touching saya dah luahkan kat miyol tapi tak berjaya . Takpela miyol ,mungkin takda jodoh kot !heheee. jahatnya mulut .
Selang je beberapa hari saya online myspace,maklumla masa tu mane ada facebook lagi.masa tu kita cuti sabtu dan ahad .so,macam biasa penduduk asrama boleh pulang ke rumah masing masing . !hehee,sedang seronok bergaduh gaduh*hobi saya* di myspace,seorang gadis menanyakan saya you kenal tak adiba amanina ? soalan macam 2 ditanyakan pada saya yang buta tentang wanita .saya hanya mampu cakap , alamak,nama rasa macam penah kenal ,tapi entah la .kenapa ya ain ? fikiran saya diseksa lagi dengan ain mengatakan , alah,dia sekolah teknik sepang juga ,dia kakak i tau ! jenuh saya fikir and lastly , ain kasi myspace awak *gadis* ! dengan segera saya menambah kawan . selang beberapa minit ,saya sudah sedia menjadi kawan awak !wahh !!cepatnya ! pertama kali saya buka myspace awak semua saya geledah tau ! 1st saya tengok sama ada single ataupun in relationship !hehee ! biasa la tu,lelaki kalau dah memang gataiii macam tu tau awak .maaf !hahaaaa .
ehheeeemmm ! saya memulakan comment dengan awak . setiap perbualan kita masa tu macam biasa baru kenal . tapi awak ada cakap, eh !kita macam penah jumpe kan ,tapi kat mane ek ? . saya pun hampir terlupa tau awak .tapi takpa,semua tu boleh diatur ! hehee . selepas sekian lama kita mengomen kat dalam sana . awak cakap ,awak nak tolong umi awak . masa tu kalau awak boleh dengar saya cakap aloooooooooooooooooooooooo memang sgt2 jelas beserta muka yang sedih . tapi takpa , fikiran saya terfikir untuk minta no telefon awak pula .hehe !gatal kan !ngadangada sume ade ! tapi jawapan yang awak kasi agak menyedihkan saya . awak kata, tak boleh la awak ,umi kita tak kasi ,kalau awak nak ,awak mintak kat umi kita oke ! perghh ! masa tu harapan saya sudah tinggal harapan sahaja tau . takpelah, mungkin bukan jodoh !sedih tau awak .
hmm,besoknya ,awal awal pagi lagi awak dah comment saya . awak cakap ,awak,saya nak no telefon awak boleh ? .heheeee !hapey gila tau awak !tapi masa tu mana nak tunjuk ,masih tak mau menunjukkan jualan murah lagi .hehe ! saya cakap, uish ,mana boleh la awak ,awak minta la kat atok saya ,saya takot atok saya marahkan saya la awak . hehee !jual mahal betol kan awak . tapi nasib baik awak dah pandai memujuk masa tu ,lalu saya pun terkandas dalam pujuk rayu awak lalu mengepos no telefon saya kat msg myspace .selang je beberapa minit saya mendapat missed call dari awak , pastu saya pun add name awak lalu meletakkan nama gadis kat dalam contact saya ! hehee .
disitulah bermulanya perkenalan kita kan awak ! aish ! nakal juga THE NINJA ni yer!
saya sayangkan awak ! =)







0 bebelan:
Post a Comment